Pages

Thursday, 27 October 2011

MOTIVASI

Mengapa Kita Perlu Menyebut InsyaAllah?
  • Supaya kita tidak menyandarkan bahawa setiap perkara itu kita mampu lakukan. Setiap hari kita tidak mengetahui apa yang bakal berlaku dalam kehidupan kita. Berjanji bermakna kita memberikan komitmen tetapi jika tidak mampu ditunaikan pastinya berdosa.
  • Ketahuilah bahawa setiap perkara adalah di bawah kekuasaan Allah. Tanpa IzinNya, kita tidak akan mampu melakukan sebarang pekerjaan pun.
  • Supaya kita menyedari bahawa kita hanyalah hamba Allah dan jangan terlalu yakin untuk segala-galanya.

Monday, 24 October 2011

MOTIVASI

Berikut tentang pesanan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .
” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)”
………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”
Huraian hadith:
-  jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa
  (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
-  Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
-  Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua  
    kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
-  Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua,  akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya:
-  Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris……….. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
-  Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah 
   (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. …insyallah

Reborn

Put yourself in their shoes before you decide on the best way to take their shirts